Adsense Link 728 X 15;

Jozan ada masalah aka gaduh?

Posted by cik izyan 0 comments
Memang pelik kalau mendengar dua sahabat dalam kumpulan Jozan, Zizan dan Johan berdingin antara satu sama lain. Dalam pertandingan akhir ML yang lalu, mereka tidak menang malahan setiap minggu mereka mendapat tempat pertama undian/markah. Kata Cak dalam HarianMetro baru-baru ni, mereka berdingin/berselisih faham sebelum ML akhir tue. Mungkin kalau lihat persembahan mereka, ok sahaja kan. Tak macam ada apa-apa. Tapi itulah pelbagai alasan mengapa mereka boleh tewas di ML akhir yang lalu. Zzz. Wallahualam..

CAK ada dengar selepas Jozan masuk ML, populariti mereka semakin mencanak-canak. Setiap minggu mereka ada show, terutama Zizan. Bayaran diterima pula ‘tersangat’ lumayan. Dan kalau tak salah CAK, disebabkan itu juga, mereka bermasam muka kerana Zizan gagal memberi komitmen untuk ML. Pada peringkat awal, undian mereka tertinggi tetapi rezeki berpihak kepada Sepah.

Apabila muncul berdua, kenalah sepakat. Kalau tak boleh nak sepakat, buat persembahan secara solo macam Nabil. Bila dapat duit, tak payah kongsi dengan sesiapa. Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.

CAK yang tak dengar kenyataan Zizan pun boleh teka apa yang dicakapkan, antaranya mungkin dia kata ‘tak ada rezeki’ atau ‘mereka gementar’ dan sebagainya. Namun, cerita sebenarnya mungkin lain dan kebenaran itu hanya Johan yang tahu sebab itu dia ‘tak kuasa’ dengar kenyataan Zizan pada media. Barangkali benar kerana kurang komitmen, mereka tak dapat buat persediaan secukupnya. -HarianMetro

gambar resepsi perkahwinan Tomok, Ayu

Posted by cik izyan 0 comments
Sudah pun bergelar suami isteri yang sah Jumaat lalu, kini Tomok dan Ayu sudah pun selesai melangsungkan majlis resepsi mereka di Saloma Bistro, Kuala Lumpur kelmarin. Suasana agak meriah. Dengan Tomok berpakaian baju Melayu moden dan Ayu berpakain pengantin bergaun lebar sekali. Bertemakan warna purple menyerikan lagi suasana.

Gambar : Gua

Video masa Fara Fauzana tolong orang dapur

Posted by cik izyan 0 comments
Artis ni ada segelintir masih lagi mengekalkan sifat kepribadian dan asal usulnya, namun ada juga yang dah kaya raya tapi lupa asal usul. Nasiblah kita dapat melihat seorang artis yang masih berjiwa kampung seperti Fara Fauzana aka Fafau ni. Masih lagi mahu menolong mencuci kuali memasak. Kalau nampak keadaan sekeliling, sepertinya ada suatu majlis kat kampung. Like it.. Enjoy.. :)

Imam Muda Hassan juara IM2

Posted by cik izyan 0 comments
Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat. Kemenangan tersebut melayakkan Hassan membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu.

Dia juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Manakala Nazrul menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu. Pemuda dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Sementara itu, lapan lagi peserta yang sudah tersingkir menerima biasiswa pengajian di universiti yang sama, pakej umrah, iPad, pakej percutian, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.
-Sumber : mStar

Ps: Alhamdulillah.. Tahniah kepada Imam Muda Hassan. :)